Thursday, April 2, 2009

AKU BERDOSA

Meninggikan suara atau membuat ibu bapa takut adalah dosa besar dan dikategori sebagai anak derhajka.dan aku salah seorang anak derhaka itu.dari kecik sehingga besar ibu aku menjaga aku dengan pernuh kasih sayang,menjaga semasa sakit akhirnya ini kali pertama aku melihat dia menangis dengan teruk sekali. Aku berdosa kerana meninggikan suara kepada ibu aku dan membuat ibu aku menangis. Punca akibat ayah aku yang tidak reti menjaga mulut dan sering aku dan dia akan bertengkar dan hari ini pertengkaran antara aku dan ayah aku berubah menjadi tegang dan aku bertindak di luar kawalan dengan memusnahkan harta mak aku dan paling penting menhancurkan hati dia apabila anak kesayangan dia sanggup menengking dia. Aku bukanlah seorang yang berpelajaran dan aku tidak sekaya seperti orang lain dan aku sendiri tidak pernah merungut dan sedaya upaya ingin mencari sesuatu yang boleh buat ibu aku gembira tetapi ayat ayat dia tadi membuat ahti aku sakit dan hancur berkecai. Sumpah demi Allah nerakalah tempat aku. Aku tak layak melangkahj masuk syurga walau diampun sekalipun kerana dosa aku seluas lautan dan aku ibarat kayu dimakan api. Aku tak dapat bayangkan apabila aku meninggalkan dunia ini bagaimana seksanya hidup aku dineraka nanti yang sedang menunggu aku. Aku redha Allah maha Pengampun tetapi aku tetap tak dapat menerima apa yang berlaku tadi dan aku memohon kepada NYA untuk mengampunkan dosa ibu aku dan aku sedaya upaya meminta ibu aku untuk telefon polis untuk menahan aku tetapi apa yg ibu aku buat adalah menyuruh aku tidur dan menenangkan aku.aku tak dapat terima segala kerosakan aku buat lebih daripada jumlah gaji mak aku tetapi apa yang paling tak ternilai ialah kehancuran hati ibu dan setitik air mata ibarat satu nyawa aku di neraka. Ya Allah Ya Tuhan ku sesungguh aku bukanlah hamba MU yang kuat beriman kepada MU,aku memohon kepada Mu, Ya Allah ampunilah dosa ibu aku dan berikan mereka(keluarga aku ) kehidupan yang lebih baik dan jika ini adalah jalan yang boleh membuat mereka bahagia,aku sanggup pergi dahulu sebelum mereka.Ya Allah Ya Tuhanku, aku berdosa padaMU Ya Allah,neraka tempat ku,aku tak layak jejak syurgaMU walau diampun sekalipun, aku adalah tikus yang merosakkan segalanya termasuk kebahagiaan keluarga aku,KAU panjangkan umur ibu aku Ya Allah.Amin...

2 comments:

a.j. said...

aku faham ...

hati rasae panas...

everything out of control...

bile dah atas katil

atas bantal

mengalir air mata menyesali diri

bantal basah ...

thing will get better ... jadilah Al-Muhsinin ... mereka yang memperbaiki

u need advice? u got me bro ... u r just like me ... =D i can sense the emotion in this post

Hamba Allah said...

sesungguhnya manusia tidak terlepas dari dosa dan alhamdulillah kerna manusia itu sedr dari kesilapannya. pohonlah keampunan dari ibu dan ayahmu kerna saat kau tahu bagaimana perit jerih ibu mengandungkanmu dan ayahmu membesarkanmu maka disaat itu baru kau tahu betapa besarnya pengorbaanan mereka dan betapa kerdilnya pengorbananmu kepada mereka..