Monday, February 2, 2009

Kibar Jalur Gemilang

Jalur Gemilang adalah nama untuk bendera negara kita iaitu Negara Malaysia yang kini sudah diketahui umum sebagai salah satu kategori negara yang pesat dengan pembangunan dan macam-macam. Mempunyai 14 jalur putih dan merah yang melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah disebelah atas dan diakhiri jalur putih tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan- Johor,Kedah,Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak,Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan kerajaan Persekutuan.

Jalur gemilang selalunya dikibar pada bulan kemerdekaan Malaysia iaitu pada bulan Ogos 1957 tetapi wajarkah kita hanya kibar pada hari tertentu sahaja bukan pada setiap hari?Adakah kita hanya bersikap patriotik bila sambut merdeka sahaja? Kenapa kita tak kibar saja Jalur Gemilang pada setiap hari tanda semangat kita tak pernah lupus daripada diri kita dan kita sentiasa ingat akan perjuangan yang memperjuangkan tanah air kita pada zaman dahulu kala. Kita kibarkan untuk menunjukkan kita duduk disatu negara dan bila duduk di satu tempat perpaduaan kita menjadi kuat dan sifat perkauman tak akan berlaku langsung pada negara kita.

Jadi fikirkanlah wahai rakyat Malaysia adakah kita akan teruskan sifat kita macam ini iaitu hanya mengibarkan bendera kebangsaan kita iaitu Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan sahaja atau pada setiap hari tanda kita cintakan negara kita,tanah air kita dan tak ingin dijajah oleh anjing British seperti dahulu. Allahuakbar

No comments: